Latar Belakang Saya

Foto saya
Shah Alam / Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Berkhidmat selama 23 tahun di dalam industri perbankanan dan kewangan dan kini mempunyai syarikatnya sendiri di dalam bidang perniagaan pembelajaran. Beliau juga adalah bekas penuntut di Maktab Tentera Di Raja, Sg. Besi Mempunyai cita-cita melahirkan usahawan muda yang mampu bersaing diperingkat global. Mempunyai kelulusan dari Charted Institute of Marketing (UK) dan pernah menghadiri program EMBA didalam International Marketing di Berne University of Applied Science , Switzerland. Beliau juga telah menghasilkan rantaian nilai (value chain) REDAR untuk digunakan dalam perniagaan, motivasi dan pembangunan modal insan. Anda juga boleh menghubunginya di alamat emelnya di zulkarnianmazlan@ymail.com untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dan memberi pandangan bernas dalam bidang ini. Selain dari perniagaan pendidikan, syarikat beliau juga memberi khidmat nasihat koporat, membantu menubuhkan syarikat, koperasi, yayasan dan perundingan Harta Intelek. Beliau boleh dihubungi melalui telefon sel beliau bernombor 0146430813 (Kuala Lumpur) dan 0138905131 (Kota Kinabalu, Sabah) Anda juga dijemput menjadi rakan facebook dan kumpulan Mandarin Star Group beliau serta JOMBAQDAS

Khamis, 29 Januari 2009

Kenali Diri Anda dan Perniagaan Anda

Kalau ditanya kenalkah anda pada diri anda, apa yang akan anda jawap. Kebanyakan orang akan mengatakan mereka kenal pada diri mereka sendiri. Padahal kebanyakan orang tidak kenal pada diri mereka sendiri. Mereka tidak tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka. Dari kekuatan dan kelemahan itu pula kita tidak tahu menggunakannya untuk meraih peluang-peluang yang ada disekeliling kita dan menepis ugutan-ugutan yang akan menimpa kita. Kita menggunakan analisa SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity, Threat) didalam analisa kerja kita dan dalam pembelajaran kita tetapi analisa ini jarang kita gunakan pada diri kita sendiri.



Disini saya ingin berkongsi pengalaman dalam analisa ini, walaupun pada setengah pihak analisa ini adalah satu analisa lama yang mungkin tidak sesuai lagi pada zaman sekarang tetapi saya masih mengatakan yang ia adalah satu analisa yang tidak luput zaman. Saya masih menggunakan analisa ini didalam kursus yang saya kendalikan kerana saya hendak para peserta mengenali diri mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk berniaga.



Mengapa saya berkata demikian ?



1. Untuk menjalankan sesuatu perniagaan yang berjaya kita sebagai pengusaha kena tahu mengenai diri kita dari aspek ketahanan mental, emosi, fisikal dan kerohanian. Ketahanan mental dan emosi sangat penting didalam perjalanan perniagaan kerana kita kena kuat dan bijak memerangi keadaan negatif didalam mental dan emosi kita. Tekanan ini akan berlaku terutama di awal proses perniagaan terutama mengenai hal kekeluargaan dan kewangan. Oleh itu bersedialah memerangai ketegangan mental dan emosi ini supaya kita tidak tertekan didalam keadaan yang kita kita ingini dan perjalanan perniagaan yang baru diceburi itu terkulai dan terlerai bersepah. Jadi untuk menguatkan kekuatan mental dan emosi kita , keadan fisikal kita juga mesti kuat untuk menahan tekanan-tekanan ini.

Jatidiri Dalam Peniagaan

Berniaga adalah sesuatu yang dipandang mudah tetapi ianya memerlukan pengorbanan yang tak terhingga dari segi masa, kewangan dan famili. Persiapan berniaga juga memerlukan kekuatan mental, emosi, fisikal dan kerohanian. Seseorang yang ingin memulakan perniagaan harus membuat perancangan yang rapi supaya perniagaan yang akan dimasuki itu mempunyai kekuatan yang berterusan(sustaining power). Perancangan yang rapi pula memerlukan pengurusan pengetahuan (knowlegde management) yang mantap mengenai perniagaan yang ingin kita ceburi terutama mengenai jenis perniagaan (perseorangan, perkongsian atau sendirian berhad). Selepas memastikan jenis perniagaan yang kita ingin ceburi, kita perlu memikirkan apa pula yang hendak kita niagakan. Seterusnya kita membuat pelan perniagaaan untuk memastikan berapa pelaburan yang kita perlu untuk memulakan perniagaan itu. Pelan perniagaan seelok-eloknya dibuat untuk lima tahun dan utamakan aliran tunai perniagaan supaya perniagaan yang akan diceburi itu tidak mempunyai masalah kewangan terutama dalam tahun kedua atau ketiga. Elok juga jika kita mengadakan pelan pemasaran supaya sasaran (target) kita kena pada perniagaan yang hendak kita ceburi itu.

Diatas adalah beberapa perkara yang wajib kita fikirkan sebelum membuat keputusan untuk berniaga. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, jatidiri untuk berniaga adalah sama penting dengan perkara-perkara tersebut diatas. Ketiadaan jatidiri yang kuat dan mantap akan menghancurkan perniagaan yang dicadangkan itu. Jatidiri ini adalah ketahanan seseorang untuk fokus kepada perniagaan itu. Walau apa pun yang terjadi pada perniagaan itu, kekuatan untuk terus berniaga mesti diterapkan didalam diri kita. Dalam perniagaan berbagai cubaan akan berlaku pada diri kita, contohnya, pada permulaan berniaga, banyak masa kita perlu habiskan untuk membuat persiapan dan kertas-kertas kerja yang diperlukan oleh perniagaan itu. Kita mungkin berkerja sampai larut malam dan masa kita dengan keluarga akan berkurangan. Masalah akan timbul jika pihak suami atau isteri tidak boleh bertolerasi dengan masa itu. Ini akan menjadi punca pergaduhan rumahtangga dan seterusnya boleh menimbulkan perceraian dalam rumahtangga. Kewangan juga boleh menjadi sebab pergaduhan suami isteri. Dipermulaan perniagaan jika kita tidak merancang dengan baik, kedudukan kewangan kita mungkin sempit kerana banyak wang kita dibelanjakan untuk melabur didalam perniagaan tersebut. Jadi berjaga-jagalah jika kewangan adalah punca kerobohan segala perkara, mau pun dari segi perniagaan atau rumahtangga.

Jadi fikir-fikirkan dulu sebelum kita membuat keputusan untuk berniaga. Kita mungkin pakar didalam bidang-bidang yang kita ceburi semasa kita berkerja dengan majikan, tetapi apabila kita berfikir hendak memulakan perniagaan sendiri, semua kerja dalam urusan perniagaan itu kita patut tahu buat sendiri. Jika tidak padah jadinya.

Oleh itu, fikirkan panjang-panjang sebelum kita fikir untuk berniaga. Perniagaan adalah satu pekerjaan yang sangat dihormati jika kita berjaya. Disebaliknya, peniaga sanggup membunuh diri (di negara barat) jika perniagaan yang diceburi itu gagal dan peniaga berhutang disekeliling pinggang.

Nasihat saya kita kena fokus dengan apa yang hendak kita ceburi dan jangan rambang mata kerana segala apa yang kita fikirkan untuk berniaga akan menghasilkan wang tetapi kerja yang hendak kita lakukan itu perlu kita habiskan dan kita juga mesti mempunyai matlamat mengenai kerja itu.

Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian

Insyaaalah