Pernahkah
kita fikirkan yang kita mempunyai minat, dorongan, potensi, ciri, dan segala
keperluan lain untuk menjadi seorang usahawan ?
Terutama sekali usahawan yang pintar dalam zaman teknologi maklumat dan globalisasi
ini. Untuk mencapai matlamat itu , kita kena ada satu sistem dan proses untuk
perniagaan kita itu. Jika tidak perniagaan kita itu akan melalui satu proses
yang kelam dan akhirnya kecundangan setelah kita melaburkan masa dan wang
ringgit yang banyak ke dalam perniagaan itu.
Sebenarnya
kita semua boleh menjadi usahawan. Kita juga boleh
menjadi usahawan yang pintar dan berjaya. Namun tidak ramai usahawan yang dapat
mengekalkan keusahawanannya dalam sesuatu industri. Melainkan usahawan tersebut mula melakukan
renungan ke dalam dirinya sendiri, lalu bertanya:
1. Kenapa kita berniaga?
2. Apakah perbezaan dan persamaan usahawan dan
peniaga,
3. Apakah ciri ciri kejayaan sebagai usahawan.
4. Perlukah dorongan dalaman dan dorongan
luaran,
5. Pentingkah etika dalam memastikan
kesinambungan usahaniaga.
Oleh kerana itu
, buku ini ditulis, dengan tujuan di antara lain ialah untuk menimbulkan minat dan
juga menjadi ”blueprint” kepada kita yang ingin menjadi seorang usahawan yang
pintar. Serta merealisasikan matlamat
kerajaan untuk memastikan pertambahan jumlah dan peningkatan bilangan usahawan
pintar di pasaran Malaysia dengan tujuan supaya mereka juga satu hari nanti
akan menjadi usahawan yang berjaya diperingkat negara dan juga antarabangsa.
Jom kita kupaskan
kesemua isu-isu tersebut, satu per satu.
1. KENAPA KITA BERNIAGA?
Tiga
faktor yang boleh membantu kita untuk
membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, dan seterusnya menjadi usahawan
pintar. Ya, usahawan yang pintar dan berjaya.
Pertama: Berniaga adalah kerjaya yang mulia. Dengan berniaga,
kita memajukan diri kita sendiri, memperkukuhkan ekonomi keluarga kita sendiri,
membuka peluang pekerjaan kepada orang lain, dan membayar sebahagian wang
peruntukan kepada lain-lain peniaga sehubungan perkara asas perniagaan seperti
sewa atau beli kedai dan pejabat, membeli perkakas, peralatan, alat tulis, dan
perabot, serta khidmat pakar contohnya penubuhan syarikat, perakaunan, dan
audit. Disamping itu kita menawarkan
produk dan perkhidmatan, serta kemudahan dan keselesaan kepada para pengguna dan
pelanggan yang ingin memanfaat dari kewujudan perniagaan kita.
Kedua: Berniaga mempunyai kelas tersendiri, di mana kita yang
menceburkan diri dalam bidang perniagaan, akan meraih keuntungan, memiliki
keselesaan dari segi material, kemerdekaan dari nikmat waktu yang anjal atau
fleksibel, dan kita menjadi majikan kepada diri kita sendiri. Dengan disiplin yang mantap , jatidiri yang kuat , sistem
serta proses perniagaan yang dirancang dengan rapi, ianya akan menjadi sumber
kejayaan perniagaan kita.
Ketiga: Dari perspektif agama pula, kerjaya berniaga turut
diceburi oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Pilihan baginda iaitu perniagaan, ialah suatu
kerja yang baik, maka tentulah baik juga kepada ummatnya yang mengikuti jejak
langkah baginda untuk turut sama berniaga.
Tiga faktor di atas sudah cukup dan memadai
untuk mendorong diri kita supaya mencebur diri, dalam bidang perniagaan. Seterusnya, menjadi usahawan. Ya, usahawan pintar dan usahawan yang berjaya.
In Shaa Allah doakan supaya kesihatan saya sihat dan Allah swt panjangkan umur saya untuk terus membuat posting sedutan buku saya ini sehingga tamat