Latar Belakang Saya

Foto saya
Shah Alam / Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Berkhidmat selama 23 tahun di dalam industri perbankanan dan kewangan dan kini mempunyai syarikatnya sendiri di dalam bidang perniagaan pembelajaran. Beliau juga adalah bekas penuntut di Maktab Tentera Di Raja, Sg. Besi Mempunyai cita-cita melahirkan usahawan muda yang mampu bersaing diperingkat global. Mempunyai kelulusan dari Charted Institute of Marketing (UK) dan pernah menghadiri program EMBA didalam International Marketing di Berne University of Applied Science , Switzerland. Beliau juga telah menghasilkan rantaian nilai (value chain) REDAR untuk digunakan dalam perniagaan, motivasi dan pembangunan modal insan. Anda juga boleh menghubunginya di alamat emelnya di zulkarnianmazlan@ymail.com untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dan memberi pandangan bernas dalam bidang ini. Selain dari perniagaan pendidikan, syarikat beliau juga memberi khidmat nasihat koporat, membantu menubuhkan syarikat, koperasi, yayasan dan perundingan Harta Intelek. Beliau boleh dihubungi melalui telefon sel beliau bernombor 0146430813 (Kuala Lumpur) dan 0138905131 (Kota Kinabalu, Sabah) Anda juga dijemput menjadi rakan facebook dan kumpulan Mandarin Star Group beliau serta JOMBAQDAS

Isnin, 21 September 2009

Hukum Penarikan (Law of Attraction)

Hari ini saya akan bercerita tentang Hukum Penarikan . Saya yakin, tidak semua orang mengetahui tentang hukum penarikan. Satu perkara yang perlu anda tahu, apabila anda tidak mengetahui tentang hukum penarikan dengan jelas, pasti anda akan mengalami kesukaran dalam melakukan sesuatu pekerjaan, dan kebarangkalian untuk anda gagal dalam melakukan sesuatu perkara agak besar. Tetapi ada juga segelintir individu yang tidak tahu langsung tentang hukum penarikan, tetapi mampu meraih kejayaan besar dalam kehidupan.

Untuk kita memahami tentang hukum penarikan. Kita harus tahu dan faham bagaimana minda atau fikiran kita bekerja. Fikiran kita mempunyai getaran atau vibration. Apa jua yang kita fikirkan akan dikirim ke alam semesta dalam bentuk gelombang atau signal yang akan menarik segala yang ada padanya selari mengikut apa yang kita fikirkan. Sekiranya anda berfikir secara positif, anda akan menarik sesuatu yang positif, sekiranya anda berfikir secara negatif. Anda akan menarik sesuatu yang negatif ke dalam kehidupan anda. Kesimpulan yang saya boleh ringkaskan , segala yang berlaku dalam kehidupan anda samada positif atau negatif adalah berpunca dari hasil kerja hukum penarikan yang sentiasa aktif dan diarahkan oleh minda anda.

Satu perkara yang perlu anda tahu hukum penarikan akan sentiasa anda, setiap detik , saat dan masa selagi kita masih boleh berfikir dan masih hidup.

Mengapa lebih ramai orang yang gagal , daripada orang yang berjaya? Mengapa lebih ramai orang yang hidup susah daripada hidup senang. Sekiranya anda faham tentang prinsip hukum penarikan , sudah pasti anda akan dapat memberikan jawapannya.

Kita selalu dengar, ada yang selalu mengatakan tidak ingin hidup susah, tidak ingin hidup miskin, tetapi masih lagi hidup susah dan miskin. Mengapa? Ini adalah kerana hokum penarikan tidak bertindak atau berfungsi kepada percakapan atau ucapan, tetapi hanya bertindak melalui fikiran. Jadi untuk anda menjadi lebih senang dan berjaya, satu perkara yang paling penting perlu anda lakukan ialah dengan meningkatkan kualiti cara anda berfikir, bukan ucapan atau tindakan.

Andaikan satu senario berlaku. Katakan Hassan mempunyai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai sikap yang kurang baik. Hassan terlalu bencikan sikap bapanya, dan berjanji bahawa satu hari nanti beliau tidak sekali-kali akan mengulangi setiap sikap dan perangai buruk bapanya itu.

Tetapi apabila Hassan dewasa, mempunyai isteri dan anak, Hassan mempunyai sikap buruk yang tiada beza dengan sikap bapanya. Mengapa semua ini berlaku? Ini adalah hasil kerja hukum penarikan Hassan . Walaupun Hassan tidak ingin menjadi seperti bapanya, tetapi apa yang tergambar difikiran Hassan adalah sikap buruk ayahnya. Hassan secara tidak sedar, telah memberikan perhatian , fokus dan energi dalam bentuk emosi ke minda. Sehingga ianya memberikan hasil yang bertentangan dengan keinginannya.

Minda separa sedar tidak dapat membezakan, samada masa lampau, sekarang atau masa hadapan. Yang ada hanyalah masa kini (this moment). Jadi sekiranya anda mengenang masa lalu, atau mengimpikan sesuatu untuk masa hadapan, kesemua yang anda fikirkan muncul secara langsung difikiran kita, dan apa yang ada difikiran kita akan menjadi kenyataan. Mengapa semua ini berlaku? Ini kerana dengan bantuan, hukum penarikan akan menarik segala , mengikut apa yang kita fikirkan.

Jika kita inginkan hukum penarikan bekerja pada tahap yang maksimum,Apa yang perlu kita lakukan adalah menghapuskan mental block yang berada di minda separa sedar , kerana seringkali apa yang kita fikirkan secara sedar, contohnya kita inginkan kejayaan, tetapi walau bagaimana pun berusaha, kita masih lagi gagal. Kerana apa yang anda fikirkan di minda sedar adalah bertentangan dengan apa yang ada di minda separa sedar.

Law of Attraction
Everything that’s coming into your life, you are attracting into your life. And it is attracted to you by virtue of the images you are holding in your mind. It is what you are thinking. Whatever is going on in your mind, you are attracting to you. If you see it in your mind you are going to hold it in your mind
-Bob Proctor.

The simplest way for me to look at the law of attraction is if I think of myself as a magnet, and i know that a magnet will attract to it.
-John Assaraf

The law of attraction doesn’t care whether you perceive something to be good or bad, whether you want or you don’t want it. It is responding to your thought. So if you are looking at a mountain of debt, feeling terrible about it, that’s the signal you are putting out into the universe
-Bob Doyle

You can see the law of attraction everywhere, You draw everything to yourself, the people, the job, the circumstances, the health, the wealth, the debt ,the joy, the car that you drive, the community that you are in. And you have drown them all to you, like a magnet. What you think about you bring about. Your whole life is a manifestation of the thoughts that go on in your head
-Lisa Nichols

Apa yang tertulis di atas adalah pandangan pakar-pakar minda yang terkenal mengenai Hukum Penarikan. Sebenarnya mereka adalah segelintir pakar yang dihimpun di dalam buku ‘the secret’ yang ditulis dan disusun oleh Rhonda Byrne.

Sekiranya anda membaca tentang pendapat dan pandangan di atas. Anda boleh lihat. Apakah persamaan yang ada di antara mereka mengenai hokum penarikan. Kesemua mereka mengatakan segalanya bermula dari apa yang anda gambarkan di minda atau anda fikirkan. Samada negatif atau positif. Walaupun anda tidak menginginkannya berlaku kepada diri anda, tetapi anda telah membayangkannya di minda anda, anda akan memperolehi apa yang anda tidak inginkan. Itulah asas yang perlu anda tahu apa yang dimaksudkan dengan hokum penarikan. Hukum Penarikan tidak sekali-kali bertindak dengan apa yang anda ucapkan.

Jadi untuk anda memanfaatkan hukum penarikan untuk kebaikan diri anda, anda perlu kenal diri anda sendiri. Tahu bagaimana untuk mengarahkan setiap apa yang anda fikirkan. Jadi bagaimana untuk anda melakukannya?

Salah satu yang membezakan minda seorang kaya dan minda orang miskin yang lain ialah orang miskin hanya perlukan kekayaan , tetapi seorang kaya inginkan kekayaan. Mahu (needs) mencerminkan keadaan kita saat ini, what-it-is. Sedangkan keinginan (wants) mewakili keadaan what-it-shall-be.

Anda boleh lihat, mereka mempunyai asas pemikiran utama yang berbeza. Disebabkan asas fikiran yang utama berbeza, tentu anda dapat membuat andaian apakah imaginasi yang hadir difikiran mereka.Yang selalu tergambar difikiran orang miskin adalah keadaan mereka yang serba kekurangan, dan menderita. Oleh itu, apa yang tergambar difikiran mereka akan mengaktifkan emosi negatif yang akan membantu Hukum penarikan bertindak. Jadi tanpa mereka sedari mereka akan memperolehi setiap apa yang mereka inginkan melalui gambaran di minda. Kerana itulah orang miskin akan menjadi semakin miskin.

Berbeza dengan orang kaya. Apa yang mereka fikirkan adalah apa yang mereka inginkan (wants). Emosi yang muncul adalah emosi positif. Akibatnya? Mereka menjadi semakin kaya.

Jadi bagaimana untuk anda mengarahkan fikiran anda, anda perlu tahu bagaimana untuk membezakan atau mengawal emosi anda.

Petikan dari : Linncomel

Analisa SWOT Diri




S – Strength (Kekuatan)

W – Weakness (Kelemahan)

O – Opportunity (Peluang)

T – Threat (Ancaman)


Faktor Dalaman(Kekuatan dan Kelemahan)
Ini adalah elemen-elemen yang berada dalam kawalan kita

Faktor Luaran(Peluang dan Ancaman)
Ini adalah elemen-elemen yang berada di luar kawalan kita

Faktor Positif(Kekuatan dan Peluang)

Faktor Negatif(Kelemahan dan Ancaman)


Contoh Kekuatan dan Kelemahan Diri

Kekuatan Diri

 Fokus
 Sihat
 Berfikiran positif
 Pandai mengurus masa
 Sabar
 Suka belajar
 Kemas
 Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Kelemahan Diri

 Tidak boleh berbahasa Inggeris
 Pemarah
 Suka melengah-lengahkan kerja/masa
 Tidak suka belajar
 Tidak suka berubah mengikut keadaan semasa
 Tidak tahu mengguna komputer

Contoh Peluang dan Ancaman Diri

Peluang

 Belajar keperingkat lebih tinggi
 Berniaga besar-besaran
 Berdaya saing
 Mendapat bantuan kewangan kerajaan
 Dapat menghadiri kursus kemahiran percuma
 Mendapat bimbingan dari agensi dan kerajaan negeri

Ancaman
 Saingan
 Keluarga
 Masyarakat sekeliling
 Bantuan kerajaan terhad
 Ekonomi semasa
 Musuh dalam selimut
 Harga barangan meningkat


Latihan Mengenal Diri Sendiri


Kekuatan Diri

1. _______________________________________________________________
2. _______________________________________________________________
3. _______________________________________________________________
4. _______________________________________________________________
5. _______________________________________________________________
6. _______________________________________________________________
7. _______________________________________________________________
8. _______________________________________________________________
9. _______________________________________________________________
10. ______________________________________________________________



Kelemahan Diri

1. _______________________________________________________________
2. _______________________________________________________________
3. _______________________________________________________________
4. _______________________________________________________________
5. _______________________________________________________________
6. _______________________________________________________________
7. _______________________________________________________________
8. _______________________________________________________________
9. _______________________________________________________________
10. _______________________________________________________________


Peluang

1. __________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________
4. __________________________________________________________________
5. __________________________________________________________________
6. __________________________________________________________________
7. __________________________________________________________________
8. __________________________________________________________________
9. __________________________________________________________________
10. __________________________________________________________________


Ancamam

1. __________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________
4. __________________________________________________________________
5. __________________________________________________________________
6. __________________________________________________________________
7. __________________________________________________________________
8. __________________________________________________________________
9. __________________________________________________________________
10. ________________________________

Merancang Halatuju Diri

Seseorang individu perlu membuat perancangan awal di dalam kehidupan masing-masing, jika mere mahu kehidupan mereka lebih baik dan terancang. Perancangan ekonomi kehidupan perlu dilakukan bagi membolehkan kehidupan mereka lebih bermakna pada masa akan datang. Perancangan ini tidak sahaja dari segi ekonomi tetapi penting juga difikirkan dari segi pemikiran, kerjaya, keluarga, fisikal, rohaniah (spiritual) dan pengisian masa lapang.

Perancangan ini boleh dibuat berperingkat-peringkat iaitu peringkat masa pendek dan peringkat masa panjang. Walaubagaimanapun, andalah yang mengetahui apa yang anda ada pada diri anda dan anda jugalah yang boleh merancang semua itu. Bantuan luar hanya dapat membantu proses tersebut dan menunjuk jalan dan caranya sahaja. Proses dan cara ini hádala yang lazim digunakan oleh manusia yang berjaya. Lain orang lain cara.

Oleh itu anda diperlukan merancang perkara-perkara dibawah ini untuk diri anda sendiri:

Pemikiran Anda

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Kerjaya Anda

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Keluarga Anda

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Kewangan Anda

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Fisikal Anda

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Rohaniah Anda

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Pengisian Masa Lapang

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kata-kata Motivasi



Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan, semakin jauh
Anda berjalan,semakin bagus anda akanjadi, ia tak pernah berpenghujung.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita buat sesuatu kerana duit dan bukan
kerana mau membantu orang lain dengan produk kita, apa yang diusahakan takkan ke mana dan takkan berkembang jadinya,kerana kita mahukan untung semata-mata.

Penyakit Ego

Apabila seseorang manusia itu alim iaitu banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih daripada orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.

Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan. Maka apabila hati sudah jadi begitu meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.

Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun mengaturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula
orang yang sedar keistimewaan dirinya tetapi kerana dia faham ajaran Islam maka tidaklah mahu ia membesar-besarkan dirinya. Tapi oleh kerana taqwanya lemah maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam senarai orang yang sombong, ego dan takabur.

Sifat mazmumah (yang sangat dibenci) oleh Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego itu membawa implikasi yang sangat buruk. Iblis laknatullah kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-

Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir". (Surah Al-Baqarah : 34 )

Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam, dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga maka sepatutnya dialah yang menjadi ketua dan orang lain sujud kepadanya. Tiba-tiba Allah meminta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu hatinya menolak dia lupa dia hamba Allah, keistimewaan itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik kesemuanya kembalilah ia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu sudah cukup keras hingga dia tidak dapat sujud ketika Allah perintahkan ia berbuat begitu. Sombongnya ia dan mendapat
kemurkaan Allah lalu Allah menarik balik pinjamanNya pada Iblis lantas dihukum buang dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini. Namun Iblis sangat sombong sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga bukannya dia minta ampun dengan Tuhan untuk sujud pada Adam malah dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.

Pernah juga Iblis memberitahu Nabi Musa a.s yang dia ingin bertaubat lantas Nabi Musa bertanya kepada Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam, mendengar itu dengan sombongnya Iblis pun bangun dan berkata. 'waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya inikan pula waktu dia sudah mati! tidak jadilah aku bertaubat', kata Iblis. Begitu sekali kesombongan Iblis, dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka namun kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah manusia untuk menjahanamkam anak cucu Nabi Adam agar semuanya masuk neraka bersamanya.

Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa hingga memandang rendah pada orang lain, kalau ditegur melenting bahkan mencabar orang yang menegur hinggakan demi memuaskan hati sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak diri ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:

"Kibir atau sombong itu selendangKu. Sesiapa yang memakai selendangKu nescaya dia tidak akan mencium bau syurga".

Itulah sombong namanya iaitu perangai Iblis, akhlak
terkutuk dan siapa memilikinya maka nerakalah tempatnya. Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ambia' dan solehin (orang soleh) sangat tawadhuk orangnya yakni merendah diri sesama manusia.

Firman Allah dalam Al-Quran:
Terjemahannya: "Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orang-orang mukmin". (Surah At-Taubah:128)

Itulah hati orang yang tawadhuk yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih Allah manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya tetapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain. Kalau dia tidak mahu susah orang lain pun tidak mahu susah, kalau dia tidak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina orang lain pun begitu juga. Kalau dia suka kepada keselamatan dan kebahgiaan maka orang lain pun turut demikian. Begitu dia menimbang perasaan orang sebab dia mengasihi orang lain seperti mana dia kasihkan dirinya. Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi beliau didoakan, "Wahai Tuhan berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui". Sebab itu Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang kekurangan malah baginda memohon kepada Allah :

"Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang-orang miskin". (Hadith Riwayat Tarmidzi)

Begitu hati Rasulullah dia tidak rasa yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya."kenapa tuan bersusah-payah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?". Lantas dijawab baginda,"terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang lemah dan kurang segala-galanya yang patut menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu".

Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Alah bertanya kepada pesuruh-pesuruh-Nya: "Musa, engkau siapa?" Jawab Nabi Musa,"Ana Kalamullah". "Ibrahim, engkau siapa?" Jawab Nabi Ibrahim,"Ana Khalilullah". "Isa, engkau siapa?" Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah". Kemudian Allah bertanya kepada Nabi kita,"Muhammad, engkau siapa?"
Jawablah Rasulullah dengan rendahnya."Ana yatim". terus Allah menyahut,"Engkau kekasihku, Habibullah".

Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, miskin, fakir di majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus hidup itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.

Sayidina Abu Bakar habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam kemudian dia berkata,"Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul dan aku merasa cukup dengan keduanya. Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah berkata,"Sekiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang maka aku rasa akulah yang seorang itu". Dia merasakan dialah yang paling banyak dosa sebab itu dia sangat merendahkan diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum di belakangnya dan dibawa ke rumah seorang janda bersama anak-anaknya yang ketiadaan makanan. Khadamnya meminta agar dialah yang menanggung guni
gandum itu lantas dijawab Sayidina Umar."Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti".

Kesombongan manusia hari ini jarang dimuktamarkan sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang bahaya ini jika dibiarkan melanda dunia tanpa usaha untuk mengubatinya maka akan ranplah dunia ini nanti dikerjakan oleh manusia yang sudah mengikut telunjuk dan sikap Iblis itu. Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita bahkan bila-bila masa Allah boleh miskinkan kita jika Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah, bila terbuat perangai sombong segeralah bertaubat jangan sampai Allah murka. Namrud yang kononnya hendak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus ke kepala bermain-main di dalam otaknya itupun tewas terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku dirinya Tuhan maka Allah belah lautan tenggelamlah ia mati dek air jadi bangkai yang tercampak.

Apalah dibanggakan kehebatan kita itu, dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi diakhirat........jatuh neraka hidup menderita. Kitakan dari setitis mani, air mani itu kan hina? kalau jatuh ke air itik pun tidak sudu di daratan ayam pun tak patuk. Maka kalau kita mahu sedar diuntung patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia, hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri:"Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selau menyusahkan orang. Bila-bila masa Allah boleh buangkan engkau ke dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahannam". Dan selawatlah pada Nabi sebanyak mungkin setiap masa sebagai ubat untuk melembutkan hati.

"Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku idak pula sanggup menanggung siksa nerakamu oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku.....ampunkanlah dosaku bahawa sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa
besar".

Petikan untuk dikongsi

Kenali dirimu – Socrates

Hari ini telah tiba. Hari ini, anda juga boleh dilahirkan kembali, kalau anda berkemampuan untuk mengenali diri anda sebenarnya.

Anda adalah orang yang paling penting di dunia ini. Kebanyakan orang belum menemui fakta mengenai diri mereka. Manusia pada umumnya menghabiskan hari-hari mereka tanpa mengetahui diri mereka sebenarnya.

Manusia adalah ciptaan dari pencipta yang Maha Bijaksana, yang membawa kita ke dunia untuk menjalani kehidupan yang berjaya. Kita diciptakan untuk kejayaan. Kita dilengkapi dengan kemungkinan yang tidak terdapat pada makhluk yang lain. Kita mensia-siakan pemberian Maha Pencipta jika kita gagal menggunakan kemudahan pada diri kita serta tenaga yang menjadi keberkatan sejak kita lahir. Kejayaan adalah hak asasi kita. Hanya sedikit orang yang mewujudkan hak asasi ini dalam kehidupan mereka.
Cendikiawan dan ahli psikologi mengungkapkan bahawa rata-rata orang hanya menggunakan sebahagian kecil potensi akalnya. Secara umum dapat dikatakan bahawa potensi yang digunakan hanya sekitar 3% hingga 10%.

Kita mengetahui semua yang harus kita ketahui tentang hobi, sukan dan lain-lain tentang diri kita. Sayangnya kita gagal berbuat seperti Columbus terhadap diri sendiri dengan menemukan diri kita yang sebenarnya.
Semua lelaki dan wanita terkemuka di dunia, sejak lahirnya peradaban, pertama sekali menemui diri mereka sendiri sebelum akhirnya melakukan perkara yang hebat dalam bidang mereka masing-masing, sebagaimana yang kita kenal.
Penulis mendoakan agar tulisan ini akan dapat menemukan diri anda yang hebat, diri anda yang sebenarnya. Apabila anda telah berhadapan dengan permulaan penemuan ini, anda tidak lagi berpuas hati dengan hanya menumpang pada lautan kehidupan yang penuh badai ini. Sebaliknya, anda akan terus mencari dan mencari kejayaan, kebahagiaan dan kedamaian batin.

Kenali Diri Anda Yang Sebenar

Bagi menyerlahkan potensi diri anda terutama dari segi kehidupan dan perniagaan, anda perlu mengenali siapakah diri anda sebenarnya. Langkah pertama untuk mengenali diri anda adalah dengan berlaku jujur pada diri sendiri. Lihat sejauh manakah pencapaian diri anda setakat ini, apa yang anda nak dalam hidup ini dan apakah matlamat hidup yang anda cari.

Semua orang dilahirkan hebat, cuma kadang-kadang kita tidak tahu kehebatan diri kita. Terimalah diri anda seadanya. Sesekali muhasabah diri anda, duduk sekejap dan lihat apakah kelebihan yang anda ada. Kita semua mempunyai identiti tersendiri. Lihatlah apa karekter dan sifat diri anda. Apa kekuatan anda, kenalilah sifat-sifat positif yang ada dalam diri anda. Adalah sangat penting untuk kita mengenali siapakah diri kita dan ianya tiada kaitan dengan sifat takabbur. Akui kekuatan dan kelebihan anda dan bersyukur dengan segala nikmat yang ada supaya anda akan mempunyai suntikan semangat untuk terus berjuang mengejar cita-cita anda.

Satu perkara lagi yang sering dilakukan oleh ramai orang termasuk saya sendiri dahulu adalah mensabotaj/menginaya diri sendiri. Kalau orang lain mengandaikan diri anda, begini, begitu. Itu bukanlah masalah yang terlalu besar tetapi kalau anda sendiri yang menganggap diri anda tidak bagus, anda tidak pandai, anda tak berkebolehan dan sebagainya. Itu adalah masalah. Ingatlah anda adalah apa yang anda fikirkan. Bersedialah untuk menerima kelemahan diri dan berlaku jujur untuk mengakui kelemahan diri anda. Buatlah perubahan untuk memperbaikinya dan huraikanlah simpulan negatif yang anda buat terhadap diri anda.

Suasana persekitaran juga sebenarnya memainkan peranan dalam membentuk dan mengukur nilai diri anda. Lihatlah keluarga, adik beradik dan hiasan yang anda gunakan dalam rumah atau bilik anda. Ia sebenarnya mengambarkan nilai diri anda. Pejamkan mata dan lihat apa yang anda janjikan untuk diri anda. Lihat tahun-tahun yang akan datang, anda nak jadi apa. Hidup ini adalah untuk dinikmati, jadi buatlah analisa terhadap diri anda, sayangi diri anda dan beri input dan energi kepada diri anda. Selaraskan rohani dan jasmani anda dan bertekat yang anda mesti berjaya.