Latar Belakang Saya

Foto saya
Shah Alam / Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Berkhidmat selama 23 tahun di dalam industri perbankanan dan kewangan dan kini mempunyai syarikatnya sendiri di dalam bidang perniagaan pembelajaran. Beliau juga adalah bekas penuntut di Maktab Tentera Di Raja, Sg. Besi Mempunyai cita-cita melahirkan usahawan muda yang mampu bersaing diperingkat global. Mempunyai kelulusan dari Charted Institute of Marketing (UK) dan pernah menghadiri program EMBA didalam International Marketing di Berne University of Applied Science , Switzerland. Beliau juga telah menghasilkan rantaian nilai (value chain) REDAR untuk digunakan dalam perniagaan, motivasi dan pembangunan modal insan. Anda juga boleh menghubunginya di alamat emelnya di zulkarnianmazlan@ymail.com untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dan memberi pandangan bernas dalam bidang ini. Selain dari perniagaan pendidikan, syarikat beliau juga memberi khidmat nasihat koporat, membantu menubuhkan syarikat, koperasi, yayasan dan perundingan Harta Intelek. Beliau boleh dihubungi melalui telefon sel beliau bernombor 0146430813 (Kuala Lumpur) dan 0138905131 (Kota Kinabalu, Sabah) Anda juga dijemput menjadi rakan facebook dan kumpulan Mandarin Star Group beliau serta JOMBAQDAS

Isnin, 21 September 2009

Hukum Penarikan (Law of Attraction)

Hari ini saya akan bercerita tentang Hukum Penarikan . Saya yakin, tidak semua orang mengetahui tentang hukum penarikan. Satu perkara yang perlu anda tahu, apabila anda tidak mengetahui tentang hukum penarikan dengan jelas, pasti anda akan mengalami kesukaran dalam melakukan sesuatu pekerjaan, dan kebarangkalian untuk anda gagal dalam melakukan sesuatu perkara agak besar. Tetapi ada juga segelintir individu yang tidak tahu langsung tentang hukum penarikan, tetapi mampu meraih kejayaan besar dalam kehidupan.

Untuk kita memahami tentang hukum penarikan. Kita harus tahu dan faham bagaimana minda atau fikiran kita bekerja. Fikiran kita mempunyai getaran atau vibration. Apa jua yang kita fikirkan akan dikirim ke alam semesta dalam bentuk gelombang atau signal yang akan menarik segala yang ada padanya selari mengikut apa yang kita fikirkan. Sekiranya anda berfikir secara positif, anda akan menarik sesuatu yang positif, sekiranya anda berfikir secara negatif. Anda akan menarik sesuatu yang negatif ke dalam kehidupan anda. Kesimpulan yang saya boleh ringkaskan , segala yang berlaku dalam kehidupan anda samada positif atau negatif adalah berpunca dari hasil kerja hukum penarikan yang sentiasa aktif dan diarahkan oleh minda anda.

Satu perkara yang perlu anda tahu hukum penarikan akan sentiasa anda, setiap detik , saat dan masa selagi kita masih boleh berfikir dan masih hidup.

Mengapa lebih ramai orang yang gagal , daripada orang yang berjaya? Mengapa lebih ramai orang yang hidup susah daripada hidup senang. Sekiranya anda faham tentang prinsip hukum penarikan , sudah pasti anda akan dapat memberikan jawapannya.

Kita selalu dengar, ada yang selalu mengatakan tidak ingin hidup susah, tidak ingin hidup miskin, tetapi masih lagi hidup susah dan miskin. Mengapa? Ini adalah kerana hokum penarikan tidak bertindak atau berfungsi kepada percakapan atau ucapan, tetapi hanya bertindak melalui fikiran. Jadi untuk anda menjadi lebih senang dan berjaya, satu perkara yang paling penting perlu anda lakukan ialah dengan meningkatkan kualiti cara anda berfikir, bukan ucapan atau tindakan.

Andaikan satu senario berlaku. Katakan Hassan mempunyai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai sikap yang kurang baik. Hassan terlalu bencikan sikap bapanya, dan berjanji bahawa satu hari nanti beliau tidak sekali-kali akan mengulangi setiap sikap dan perangai buruk bapanya itu.

Tetapi apabila Hassan dewasa, mempunyai isteri dan anak, Hassan mempunyai sikap buruk yang tiada beza dengan sikap bapanya. Mengapa semua ini berlaku? Ini adalah hasil kerja hukum penarikan Hassan . Walaupun Hassan tidak ingin menjadi seperti bapanya, tetapi apa yang tergambar difikiran Hassan adalah sikap buruk ayahnya. Hassan secara tidak sedar, telah memberikan perhatian , fokus dan energi dalam bentuk emosi ke minda. Sehingga ianya memberikan hasil yang bertentangan dengan keinginannya.

Minda separa sedar tidak dapat membezakan, samada masa lampau, sekarang atau masa hadapan. Yang ada hanyalah masa kini (this moment). Jadi sekiranya anda mengenang masa lalu, atau mengimpikan sesuatu untuk masa hadapan, kesemua yang anda fikirkan muncul secara langsung difikiran kita, dan apa yang ada difikiran kita akan menjadi kenyataan. Mengapa semua ini berlaku? Ini kerana dengan bantuan, hukum penarikan akan menarik segala , mengikut apa yang kita fikirkan.

Jika kita inginkan hukum penarikan bekerja pada tahap yang maksimum,Apa yang perlu kita lakukan adalah menghapuskan mental block yang berada di minda separa sedar , kerana seringkali apa yang kita fikirkan secara sedar, contohnya kita inginkan kejayaan, tetapi walau bagaimana pun berusaha, kita masih lagi gagal. Kerana apa yang anda fikirkan di minda sedar adalah bertentangan dengan apa yang ada di minda separa sedar.

Law of Attraction
Everything that’s coming into your life, you are attracting into your life. And it is attracted to you by virtue of the images you are holding in your mind. It is what you are thinking. Whatever is going on in your mind, you are attracting to you. If you see it in your mind you are going to hold it in your mind
-Bob Proctor.

The simplest way for me to look at the law of attraction is if I think of myself as a magnet, and i know that a magnet will attract to it.
-John Assaraf

The law of attraction doesn’t care whether you perceive something to be good or bad, whether you want or you don’t want it. It is responding to your thought. So if you are looking at a mountain of debt, feeling terrible about it, that’s the signal you are putting out into the universe
-Bob Doyle

You can see the law of attraction everywhere, You draw everything to yourself, the people, the job, the circumstances, the health, the wealth, the debt ,the joy, the car that you drive, the community that you are in. And you have drown them all to you, like a magnet. What you think about you bring about. Your whole life is a manifestation of the thoughts that go on in your head
-Lisa Nichols

Apa yang tertulis di atas adalah pandangan pakar-pakar minda yang terkenal mengenai Hukum Penarikan. Sebenarnya mereka adalah segelintir pakar yang dihimpun di dalam buku ‘the secret’ yang ditulis dan disusun oleh Rhonda Byrne.

Sekiranya anda membaca tentang pendapat dan pandangan di atas. Anda boleh lihat. Apakah persamaan yang ada di antara mereka mengenai hokum penarikan. Kesemua mereka mengatakan segalanya bermula dari apa yang anda gambarkan di minda atau anda fikirkan. Samada negatif atau positif. Walaupun anda tidak menginginkannya berlaku kepada diri anda, tetapi anda telah membayangkannya di minda anda, anda akan memperolehi apa yang anda tidak inginkan. Itulah asas yang perlu anda tahu apa yang dimaksudkan dengan hokum penarikan. Hukum Penarikan tidak sekali-kali bertindak dengan apa yang anda ucapkan.

Jadi untuk anda memanfaatkan hukum penarikan untuk kebaikan diri anda, anda perlu kenal diri anda sendiri. Tahu bagaimana untuk mengarahkan setiap apa yang anda fikirkan. Jadi bagaimana untuk anda melakukannya?

Salah satu yang membezakan minda seorang kaya dan minda orang miskin yang lain ialah orang miskin hanya perlukan kekayaan , tetapi seorang kaya inginkan kekayaan. Mahu (needs) mencerminkan keadaan kita saat ini, what-it-is. Sedangkan keinginan (wants) mewakili keadaan what-it-shall-be.

Anda boleh lihat, mereka mempunyai asas pemikiran utama yang berbeza. Disebabkan asas fikiran yang utama berbeza, tentu anda dapat membuat andaian apakah imaginasi yang hadir difikiran mereka.Yang selalu tergambar difikiran orang miskin adalah keadaan mereka yang serba kekurangan, dan menderita. Oleh itu, apa yang tergambar difikiran mereka akan mengaktifkan emosi negatif yang akan membantu Hukum penarikan bertindak. Jadi tanpa mereka sedari mereka akan memperolehi setiap apa yang mereka inginkan melalui gambaran di minda. Kerana itulah orang miskin akan menjadi semakin miskin.

Berbeza dengan orang kaya. Apa yang mereka fikirkan adalah apa yang mereka inginkan (wants). Emosi yang muncul adalah emosi positif. Akibatnya? Mereka menjadi semakin kaya.

Jadi bagaimana untuk anda mengarahkan fikiran anda, anda perlu tahu bagaimana untuk membezakan atau mengawal emosi anda.

Petikan dari : Linncomel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan