Latar Belakang Saya

Foto saya
Shah Alam / Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Berkhidmat selama 23 tahun di dalam industri perbankanan dan kewangan dan kini mempunyai syarikatnya sendiri di dalam bidang perniagaan pembelajaran. Beliau juga adalah bekas penuntut di Maktab Tentera Di Raja, Sg. Besi Mempunyai cita-cita melahirkan usahawan muda yang mampu bersaing diperingkat global. Mempunyai kelulusan dari Charted Institute of Marketing (UK) dan pernah menghadiri program EMBA didalam International Marketing di Berne University of Applied Science , Switzerland. Beliau juga telah menghasilkan rantaian nilai (value chain) REDAR untuk digunakan dalam perniagaan, motivasi dan pembangunan modal insan. Anda juga boleh menghubunginya di alamat emelnya di zulkarnianmazlan@ymail.com untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dan memberi pandangan bernas dalam bidang ini. Selain dari perniagaan pendidikan, syarikat beliau juga memberi khidmat nasihat koporat, membantu menubuhkan syarikat, koperasi, yayasan dan perundingan Harta Intelek. Beliau boleh dihubungi melalui telefon sel beliau bernombor 0146430813 (Kuala Lumpur) dan 0138905131 (Kota Kinabalu, Sabah) Anda juga dijemput menjadi rakan facebook dan kumpulan Mandarin Star Group beliau serta JOMBAQDAS

Selasa, 23 April 2013

Bab 1 - Usahawan Pintar - Anda Ingin Jadi Usahawan Pintar (Bahagian 1)


Pernahkah kita fikirkan yang kita mempunyai minat, dorongan, potensi, ciri, dan segala keperluan lain untuk menjadi seorang usahawan ?  Terutama sekali usahawan yang pintar dalam zaman teknologi maklumat dan globalisasi ini. Untuk mencapai matlamat itu , kita kena ada satu sistem dan proses untuk perniagaan kita itu. Jika tidak perniagaan kita itu akan melalui satu proses yang kelam dan akhirnya kecundangan setelah kita melaburkan masa dan wang ringgit yang banyak ke dalam perniagaan itu.

Sebenarnya kita semua boleh menjadi usahawan.  Kita juga boleh menjadi usahawan yang pintar dan berjaya. Namun tidak ramai usahawan yang dapat mengekalkan keusahawanannya dalam sesuatu industri.  Melainkan usahawan tersebut mula melakukan renungan ke dalam dirinya sendiri, lalu bertanya:

1.  Kenapa kita berniaga?
2.  Apakah perbezaan dan persamaan usahawan dan peniaga,
3.  Apakah ciri ciri kejayaan sebagai usahawan.
4.  Perlukah dorongan dalaman dan dorongan luaran,
5.  Pentingkah etika dalam memastikan kesinambungan usahaniaga.

Oleh kerana itu , buku ini ditulis, dengan tujuan di antara lain ialah untuk menimbulkan minat dan juga menjadi ”blueprint” kepada kita yang ingin menjadi seorang usahawan yang pintar.  Serta merealisasikan matlamat kerajaan untuk memastikan pertambahan jumlah dan peningkatan bilangan usahawan pintar di pasaran Malaysia dengan tujuan supaya mereka juga satu hari nanti akan menjadi usahawan yang berjaya diperingkat negara dan juga antarabangsa.

Jom kita kupaskan kesemua isu-isu tersebut, satu per satu.

1.   KENAPA KITA BERNIAGA?
Tiga faktor  yang boleh membantu kita untuk membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, dan seterusnya menjadi usahawan pintar.  Ya, usahawan yang pintar dan berjaya.

Pertama: Berniaga adalah kerjaya yang mulia. Dengan berniaga, kita memajukan diri kita sendiri, memperkukuhkan ekonomi keluarga kita sendiri, membuka peluang pekerjaan kepada orang lain, dan membayar sebahagian wang peruntukan kepada lain-lain peniaga sehubungan perkara asas perniagaan seperti sewa atau beli kedai dan pejabat, membeli perkakas, peralatan, alat tulis, dan perabot, serta khidmat pakar contohnya penubuhan syarikat, perakaunan, dan audit.  Disamping itu kita menawarkan produk dan perkhidmatan, serta kemudahan dan keselesaan kepada para pengguna dan pelanggan yang ingin memanfaat dari kewujudan perniagaan kita.

Kedua: Berniaga mempunyai kelas tersendiri, di mana kita yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, akan meraih keuntungan, memiliki keselesaan dari segi material, kemerdekaan dari nikmat waktu yang anjal atau fleksibel, dan kita menjadi majikan kepada diri kita sendiri.  Dengan disiplin yang mantap , jatidiri yang kuat , sistem serta proses perniagaan yang dirancang dengan rapi, ianya akan menjadi sumber kejayaan perniagaan kita.

Ketiga: Dari perspektif agama pula, kerjaya berniaga turut diceburi oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.  Pilihan baginda iaitu perniagaan, ialah suatu kerja yang baik, maka tentulah baik juga kepada ummatnya yang mengikuti jejak langkah baginda untuk turut sama berniaga.

 Tiga faktor di atas sudah cukup dan memadai untuk mendorong diri kita supaya mencebur diri, dalam bidang perniagaan.  Seterusnya, menjadi usahawan.  Ya, usahawan pintar dan  usahawan yang berjaya.

In Shaa Allah doakan supaya kesihatan saya sihat dan Allah swt panjangkan umur saya untuk terus membuat posting sedutan buku saya ini sehingga tamat

Khamis, 13 Disember 2012

Kursus Kewangan Peribadi (Personal Coaching)


Tuan Haji Nasir Ibrahim semasa mengendalikan Kursus Kewangan Peribadi (personal coaching) kepada 2 orang usahawan yang berniaga kain tudung wanita di utara Semenanhung Malaysia. Kami amat kagum melihat mereka ini kerana berusaha mencari ilmu ini dan sanggup membayar sendiri program yang dikendalikan oleh kami di Pusat Latihan Mandarin Star Group , di Shah Alam , Selangor. In Shaa Allah rakan-rakan mereka juga akan turut serta dalam program yang kami kendalikan. Mereka telah membuktikan kursus itu amat baik bagi perniagaan mereka dan dengan "word of mouth" mereka telah mencadangkan kepada rakan-rakan mereka yang berniaga di kawasan Kepala Batas itu.

Tajuk yang kami ajar dalam kursus itu adalah dari mula menyimpan semua butir-butir perniagaan mereka dan bagaimana merekodnya dalam jernal dan buku tunai sehingga mereka boleh membuat sendiri akaun untung dan rugi mereka. Setiap usahawan dan peniaga mesti faham mengenai akaun supaya mereka dapat merancang dan memantau perniagaan mereka serta mengelakan diri dari ditipu atau diseleweng dalam perniagaan mereka itu. Sila hubungi saya Zulkarnian Mazlan di 014 6430813 untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini dan fee kursus peribadi.. Jangkamasa kursus 1 hari sahaja.

Selasa, 20 Oktober 2009

Pengurusan Kewangan Untuk Ibu Tunggal


Sebagai ibu tunggal, anda mempunyai beban kewangan yang sama seperti orang lain, cuma anda tidak mempunyai pasangan untuk berkongsi bebanan tersebut. Disebabkan anda terpaksa menyara keluarga dan diri sendiri secara berseorangan, amat penting bagi anda membuat keputusan kewangan yang bijak. Dengan mengguna pakai beberapa tip yang di diberikan di sini, anda akan lebih yakin dalam menangani masa depan kewangan keluarga anda.

Tip 1: Belanjawan

Setiap orang, tidak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin, perlu merancang belanjawan bagi pengurusan kewangan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang ibu tunggal, keperluan merancang belanjawan adalah lebih besar kerana pendapatan anda seorang perlu disalurkan kepada pelbagai perbelanjaan. Oleh itu, lebih penting untuk anda bersikap teliti dalam membelanjakan pendapatan. Ibu tunggal perlu mempunyai perancangan belanjawan isi rumah dan berdisiplin dalam mematuhi belanjawan tersebut.

Tip 2: Buat Perancangan Tabungan dan Mula Melabur

Apabila membuat belanjawan isi rumah, jangan lupa untuk menyediakan peruntukan setiap bulan untuk perancangan tabungan. Perancangan ini ada kala dipanggil sebagai "membayar diri sendiri dahulu", iaitu memasukkan sejumlah wang untuk diri sendiri dalam senarai perbelanjaan bulanan. Tabungan ini perlu dimasukkan dalam bentuk pelaburan yang kurang berisiko kerana, sebagai ibu tunggal anda tidak boleh mengambil terlalu banyak risiko kerana anda merupakan sumber kewangan keluarga.

Tip 3: Tingkatkan Celik Kewangan

Kesilapan terbesar yang mungkin dilakukan oleh wanita ialah kurangnya ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara yang membabitkan perancangan kewangan. Didiklah diri sendiri dengan menghadiri seminar dan bengkel termasuk yang membincangkan mengenai bijak melabur dan merancang kewangan. Ini untuk memastikan supaya anda berada di landasan yang betul ketika membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat dan ilmu yang telah dipelajari.

Tip 4: Sediakan Simpanan Kecemasan

Sebagai ibu tunggal, lebih penting kini bagi anda mempunyai persediaan "kecemasan", iaitu simpanan yang cukup untuk perbelanjaan hidup selama beberapa bulan. Sesetengah pakar kewangan mencadangkan supaya, selain tabungan sedia ada, sediakan juga simpanan yang cukup untuk perbelanjaan hidup selama sekurang-kurangnya tiga bulan bagi persediaan sekiranya berlaku sesuatu, umpamanya, anda kehilangan pekerjaan. Laburkan wang ini dalam pelaburan yang kurang berisiko atau unit amanah yang boleh anda tunaikan dengan mudah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Persediaan kecemasan lain yang juga penting ialah insurans, terutama insurans kesihatan dan hilang upaya. Sekiranya anda merupakan sumber utama yang menyara pendidikan anak-anak, anda perlu memastikan supaya insurans yang diambil mencukupi untuk membiayai pendidikan anak-anak anda.

Tip 5: Mulakan Perancangan Persaraan

Akan sampai masanya pada satu hari nanti anda akan bersara. Oleh itu, penting bagi anda memulakan perancangan persaraan tanpa mengira berapa usia anda sekarang. Wanita patut mengambil kira jangka hayat mereka ketika membuat perancangan persaraan memandangkan ada statistik yang menyatakan bahawa wanita mempunyai jangka hayat lebih panjang daripada lelaki. Yang paling baik dilakukan ialah mulalah menabung dan melaburkan wang dengan bersungguh-sungguh mulai sekarang

Tip 6: Anak dan Wang

Didik anak anda mengenai wang, iaitu bagaimana wang boleh menaikkan semangat orang, bagaimana wang memerlukan kita membuat pilihan, dan bagaimana wang boleh menghalakan kita ke jalan yang salah jika kita tidak berhati-hati mengendalikannya. Anak-anak anda perlu selalu mempunyai perasaan takut memikirkan apa akan jadi kepada mereka sekiranya anda sebagai ibu mereka sudah tiada lagi. Terangkan kepada anak anda mengenai perancangan kewangan anda, pelaburan anda dalam unit amanah, insurans, harta atau wasiat. Semua maklumat ini boleh memberi keyakinan kepada anak-anak anda tentang betapa pentingnya membuat perancangan kewangan untuk masa depan.

Kesimpulannya, sebagai ibu tunggal, anda perlu mempunyai perancangan kewangan supaya anda dan anak-anak anda mempunyai masa depan yang lebih baik. Jika anda belum lagi mempunyai perancangan kewangan, sekaranglah masanya untuk mula membuat perancangan. Mulakan sekarang! Jangan berlengah lagi demi kepentingan mereka yang tersayang!




Pengurusan Kewangan IV


Dalam mengendalikan urusan kewangan perniagaan beberapa perkara asas perlu kita ketahui seperti buku tunai (samada dalam bentuk keluar masuk wang perniagaan atau dalam bentuk buku 555), pengekosan (costing), tokokan (mark up), penyata pendapatan dan perbelanjaan atau kekadang ianya dipanggil juga sebagai penyata untung rugi, aliran tunai, kunci kira-kira (balance sheet). Jika perniagaan itu perlu menyimpan banyak stok, inventori barang-barang juga patut disediakan dan dikawal pengeluran barang-barang itu terutama bahan-bahan mentah yang digunakan dalam operasi pengilangan syarikat.

Beberapa perkara lain yang tidak kurang pentingnya juga dalam mengendalikan pengurusan kewangan ini adalah proses penyimpanan akaun syarikat atau perniagaan yang melibatkan:-

1. Buku Jualan - Buku ini digunakan transaksi jualan termasuk tunai dan hutang yang mencatitkan  tarikh          urusan dan jumlah urusan

2. Buku Penghutang - Buku ini digunakan untuk mencatit penghutang kepada perniagaan termasuk tarikh, jumlah hutang dan tarikh penjelasan hutang

3. Buku Pemiutang - Buku ini disediakan untuk mencatit segala hutang yang dibuat oleh perniaga kepada pemberi hutang termasuk tarikh hutang dibuat, jumlah hutang dan tarikh penjelasan hutang dibuat.

Butiran diatas kemudiannya akan dipindahkan kepada maklumat-maklumatnya ke Penyata Kewangan  yang tersebut di atas sebagai panduan kepada perkembangan dan perjalanan syarikat.

Perkara-perkara di atas amat penting untuk mengawal dan memantau perniagaan yang dijalankan agar ia tidak kecundang dipertengahan jalan. Ramai juga peniaga yang bertungkus lumus untuk perniagaannya gagal dalam perniagaan mereka kerana mereka tidak pandai mengawal pergerakan kewangan mereka dan kurang memberi perhatian kepada aliran keluar masuk kewangan syarikat dan perniagaan mereka. Mereka ini juga senang ditipu oleh rakan perniagaan mereka kerana percaya kepada pengurusan kewangan syarikat yang diuruskan oleh rakan mereka. Mereka sepatutnya memberi perhatian yang sewajarnya kepada penggunaan wang syarikat terutama dengan perniagaan yang hendak dilaburkan atau digunakan.Jika mereka tidak peka dalam hal ini , perkara-perkara berikut akan terjadi :-

1.           Penipuan, pecah amanah dan penyelewengan sama ada oleh kakitangan ataupun rakaniaga,
2.           Tidak berupaya mengenalpasti indikator-indikator kedudukan dan prestasi syarikat dan perniagaannya,
3.             Tidak boleh membuat perancangan masa hadapan dengan baik,
4.            Mudah terjerumus ke dalam kancah kemusykilan kewangan,
5.             Sukar untuk beroperasi secara professional, selanjutnya terikat kepada urusan remeh yang tidak penting,
6.             Sukar untuk memperolehi waktu lapang untuk tujuan riadah dan keperluan peribadi,

Setiap usahawan yang mencebur diri dalam perniagaan inginkan keuntungan.  Usahawan perlulah membezakan fakta kewangan berkaitan modal, harta dan aset, perbelanjaan, kredit, pendapatan, kos, simpanan, cukai, dan keuntungan bersih.  Ertinya, gambaran menyeluruh kewangan, khususnya pengurusan kewangan yang terpuji.  Jadikanlah etika sebagai amalan dan saksikanlah pengurusan kewangan yang terpuji dicapai.


Isnin, 19 Oktober 2009

Pengurusan Kewangan III - Tujuan


Sebagaimana yang telah kita perbincangkan dalam penulisan saya yang lalu, pengurusan kewangan nampaknya adalah nadi kepada sesuatu perniagaan itu. Dengan demikian, amat penting sekali pengurusan kewangan yang sistematik dipertekankan dan diberi perhatian oleh peniaga disetiap masa dan waktu.

Tujuan pengurusan kewangan itu adalah :-

1. Merekod transaksi perakaunan syarikat supaya ianya mudah untuk disemak terutama jika berlaku ketidakseimbangan akaun atau keciciran wang dalam syarikat.

2. Untuk dijadi alat menilai kedudukan dan prestasi syarikat dalam perniagaan semasanya

3. Ianya juga dijadikan ukuran perkembangan syarikat didalam perniagaan semasanya terutama aliran tunai syarikat yang akan menentukan nadi kehidupan sesuatu perniagaan itu.

4. Alat pengukur untuk mendapatkan kemudahan kewangan dari sumber kerajaan, agensi kerajaan dan institusi kewangan

Oleh itu, penjagaan dan pemantauan pengurusan kewangan perlu dititik beratkan oleh peniaga dan syarikat , jika perniagaan itu hendak berkembang dan maju dalam industri kecil , sederhana dan juga mikro.

Rabu, 14 Oktober 2009

Pengurusan Kewangan II

Sebagaimana yang kita perbincangankan didalam topik pengurusan kewangan disiri yang lalu, pengurusan kewangan adalah satu aspek yang terpenting didalam sesuatu perniagaan yang akan kita ceburi itu kerana jika kita bijak mengurus kewangan kita dlam perniagaan tersebut, gambaran mengenai perjalanan perniagaan itu akan menjadi lebih jelas dan menyeluruh. Dengan itu juga, litar hayat (life cycle) perniagaan itu boleh dipantau. Gambaran menyeluruh kewangan membolehkan anda dan melaksanakan pengurusan yang lebih sistematik dan berkesan.


Peniaga yang tidak mempunyai gambaran menyeluruh kedudukan kewangan syarikat dan perniagaannya atau tidak mengindahkan aspek kewangannya atau menyerahkan perkara ini kepada orang lain untuk mengurus kewangan, perbelanjaan, memastikan untung rugi kewangan syarikat akan berkemungkinan menghadapi kesan buruk dari perbuatannya itu.

Jika kita perhatikan usahawan dan peniaga yang berjaya, pengurusan kewangannya adalah dalam kawalannya sendiri. Mereka yang berjaya dalam perniagaan adalah mereka yang memahami kedudukan kewangan mereka sendiri dan mereka mengikut panduan-panduan pengurusan kewangan dengan teliti, cermat dan menjejaki setiap transaksi kewangan yang berlaku didalam pengurusan kewangan syarikat atau perniagaan mereka. Dengan melakukan itu, perniagaan mereka dapat bertahan dan seterusnya di warisi oleh anak dan cucu mereka.

Dua perkara pokok dalam pengurusan kewangan yang perlu dipertimbangkan dan sering menjadi punca masalah dalam pengurusan perniagaan adalah :

1. Pengurusan tunai

2. Pengurusan kredit

Kedua perkara di atas saling mempunyai kaitan dan hubungan yang rapat didalam pengurusan kewangan syarikat atau perniagaan. Sebagaimana yang telah kita nyatakan didalam perbincangan yang lalu, semasa memulakan perniagaan kita modal dan kedudukan kewangan kita selalunya didalam keadaan yang memuaskan. Jadi pengurusan kewangan kita yang menentukan samada kita berjaya atau gagal didalam perniagaan yang kita ceburi itu.

Semasa permulaan itu juga kita kena agih-agihkan keseluruhan modal kita itu kepada perbelanjaan perniagaan, perbelanjaan persendirian dan juga simpanan (reserve). Jika perkara ini tidak dirancang dan tidak dibuat, kesesakan dan semput akan berlaku dan kewangan syarikat akan jadi beku. Operasi pemasaran dan dan jualan akan tergendala. Kita tidak dapat membayar balik pinjaman (kedai dan kenderaan). Aliran tunai akan susut. Simpanan mula digunakan dan ianya akan susut. Pinjaman baru pula diperlukan untuk menyambung hayat perniagaan itu.

Oleh itu kita kena beringat agar pelaburan yang kita keluar itu adalah untuk mengembangkan aktiviti perniagaan dan pelaburan itu juga kena mendatangkan hasil supaya hayat perniagaan kita itu berlanjutan dan perniagaan itu pula boleh membesar dan maju. Kita juga kena beringat, wang tunai yang diperolehi dari jualan adalah pendapatan kasar dan masih belum keuntungan. Perlu juga diingat bahawa keuntungan bersih adalah jumlah pendapatan ditolak dengan semua kos perniagaan.

Walaubagaimanapun, terdapat kecenderungan kepada peniaga untuk menggunakan pendapatan mereka untuk menyara dan membayar kos kehidupan harian meraka. Jika perkara ini berlaku, ianya akan membantutkan perkembangan perniagaan dan ianya juga adalah punca runtuhnya sesuatu perniagaan itu.

Disesi yang akan datang kita akan berkongsi pengetahuan dan berbincang mengenai tujuan-tujuan pengurusan kewangan

Salam

Pengurusan Kewangan


Persediaan dalam aspek kewangan ini sangat penting didalam perniagaan . Jika kita tidak dapat mengawal aliran kewangan dan hanya bergantung kepada akaun sahaja kemungkinan akan berlaku keadaan seperti ini. Dalam akaun perniagaan menguntungkan tetapi aliran tunai perniagaan tidak mencukupi untuk menjalankan dan meneruskan hayat perniagaan. Oleh itu, faktor-faktor yang amat penting pada pendapat saya adalah modal pusingan yang senentiasa mencukupi dan pengawalan aliran tunai yang baik.

Pengurusan kewangan juga adalah kelemahan yang paling ketara dalam perniagaan dan sering dihadapi oleh kaum bimuputera. Oleh itu , ianya sepatut didedahkan secara letih mendalam, bukan setakat teori dalam program-program yang dianjurkan tetapi berkongsi pengalaman menngenai hakikat sebenar jika keadaan kewangan kita tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan tersebut. Keadaan ini kena dijaga terutama semasa awal peniagaan itu dimulakan. Kebiasaannya semasa perniagaan itu bermula, syarikat mempunyai duit yang cukup untuk menampung perjalanan perniagaan itu, tetapi jika kita tidak berjaga-jaga dan kita tidak merancang aliran tunai perniagaan kita, akibatnya perniagaan tersebut akan kecundang dalam masa yang terdekat. Jadi pada permulaan perniagaan, kita kena berhati-hati dengan perbelanjaan kita supaya perbelanjaan itu hanya untuk benda-benda dan barang-barang yang perlu sahaja. Kalau nak sewa pejabat pun memadai dengan saiz perniagaan kita. Kos-kos yang tidak perlu kita tolakan supaya ianya tidak membebankan kos perbelanjaan perniagaan kita.

Oleh itu , pada berbincangan kita seterusnya saya akan berkongsi ilmu yang lebih meluas dan mendalam didalam perkara seperti duit masuk dan keluar, akaun untung dan rugi, penyelarasan wang di bank, aliran tunai dan

Jumaat, 2 Oktober 2009

Pendaftaran Syarikat

Sebelum kita melangkau ke topik kewangan saya rasa mustahak juga kita renungkan pentingnya mendaftar perniagaan yang hendak kita jalakan itu. Perkara pendaftaran syarikat ini memang penting kerana seseorang yang hendak membuka dan menjalankan perniagaan mereka mesti memikirkan perniagaan macam mana yang akan mereka jalankan mengikut keupayaan tenaga dan kewangan mereka. Ada beberapa bentuk syarikat yang boleh didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti berikut :-

1. Persendirian/Perseorangan

2. Perkongsian

3. Sendirian Berhad

4. Syarikat Berhad

5. Yayasan

Sementara koperasi pula boleh ditubuhkan oleh sekumpulan individu untuk bekerjasama bersifat kebajikan dan kepentinggan ahli-ahli koperasi.

Selain daripada perkara-perkara diatas beberapa lessen-lesen dan permit-permit berniaga juga diperlukan untuk menjalankan perniagaan yang hendak dimulakan itu.

Semua ini perlu difikirkan dulu dan jangan setelah perniagaan dimulakan baru perkara-perkara ini hendak difikirkan. Anda dinasihatkan membuat kajian untuk perkara-perkara di atas atau memdapat nasihat pakar mengenai perkara ini.

Jika anda ingin nasihat pakar dalam perkara-perkara ini anda boleh menghubungi saya di emel saya zulkarnianmazlan@ymail.com untuk saya lanjutkan ke Bahagian Koporat dan Perundangan kami atau untuk menghadiri kursus mengenai perkara-perkara ini.

Selamat Berjaya dalam perniagaan Anda semua.

Isnin, 28 September 2009

Poster Kenali Diri


Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Intelek?


Harta intelektual merujuk pada ciptaan fikiran: penemuan, karya sastera dan seni, dan simbol, nama, gambar, dan desain yang digunakan dalam perdagangan.

Harta intelektual terbahagi menjadi dua kategori: Industri yang merangkumi penemuan-penemuan (paten), cap dagang, desain industri, dan penunjuk geografi sumber dan Hak Cipta, yang merangkumi karya sastera dan artistik seperti novel, puisi, dan drama, filem, karya muzik , karya-karya artistik seperti gambar, lukisan, foto dan patung-patung, dan arsitektur desain.  Hak yang berkaitan dengan hak cipta termasuk orang-orang yang melakukan seniman dalam persembahan mereka, pengilang phonograms dalam rakaman, dan orang-orang penyiar di program radio dan televisyen.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami - kami menyediakan khidmat mengadakan seminar "Kesedaran Harta Intelek dan Bagaimana Mendaftarnya" atau nasihat mengenai proses pendaftaran Harta Intelek

Jumaat, 25 September 2009

Motivasi Perniagaan - Tokoh Perniagaan - Syed Mokhtar Al Buhari

Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana


Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?


11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah

14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.


34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.


39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Gambar - Program Motivasi Perniagaan - Kenali Diri dan Asas Perniagaan


Gambar bersama Hajjah Siti Sapoo, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (berbaju hijau dibarisan tengah) , Puan Salmah (kanan sekali dibarisan depan) bersama peserta-peserta kursus dan penceramah serta para fasilitator dari Mandarin Star Sdn Bhd di hadapan Palace Hotel, Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah semasa program tersebut dijalankan pada akhir bulan Jun 2009

Gambar - Program Motivasi Perniagaan - Kenali Diri Dan Asas Perniagaan


Ceramah semasa kursus diatas di Palace Hotel, Karamunsing, Sabah oleh En. Zulkarnian Mazlan, Pengarah Urusan Mandarin Star Group. Ceramah ini adalah mengenai kenali diri dan rakan niaga Anda

Gambar - Program Motivasi Perniagaan - Asas Kefahaman Perakaunan Perniagaan


Gambar  berkumpulan bersama Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Menteri di Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah dan peserta-peserta Program Motivasi
Perniagaan semasa kursus Asas Kefahaman Perakaunan Perniagaan di Ujana Tang Dynasty, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos 2009, anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita, Sabah untuk ibu tunggal di Sabah yang diselenggarakan oleh Mandarin Star Sdn Bhd. Dibelah kanan Datuk Azizah yang berbaju bunga merah adalah Puan Hajjah Siti Sapoo, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita, Sabah dan sebelah kanan beliau adalah Puan Salmah, Pegawai Tadbir di jabatan itu ...... 14hb Ogos - 16hb Ogos 2009

Selasa, 22 September 2009

Program Motivasi Perniagaan (PMP) - Pengenalan dan Pengisian

Program Motivasi Perniagaan telah dirancang dan direka dengan tujuan memberi kemahiran "softskill" terlebih dahulu sebelum bakal peniaga atau pengusaha memulakan perniagaan mereka. Ini adalah untuk menyiapkan mereka dengan prasarana perniagaan dan memotivasi mereka supaya mereka ini lebih bersedia untuk masuk ke dalam dunia perniagaan. Setelah mereka ini diberikan kemahiran "softskill", mereka kemudiannya akan di berikan pendedahan kepada kemahiran "hardskill". PMP dibahagikan kepada 3 modul seperti dibawah ini:-


Modul I - Kenali Diri dan Asas Perniagaan (KDAP)

Modul II - Asas Kefahaman Perakaunan Perniagaan (AKPP)

Modul III - Asas Pemasaran dan Penjenamaan (APDP)

Modul-modul diatas boleh disiapkan mengikut sasaran dan tahap pendidikan peserta-peserta yang akan menghadiri kursus itu. Pihak kami, akan terlebih dahulu berbincang dengan pihak penganjur mengenai tahap pendidikan peserta yang akan menghadiri program tersebut. Jika tahap mereka berkelulusan Diploma atau Ijazah, kami akan menyediakan bahan kursus yang bersesuaian dengan kefahaman mereka dan perniagaan yang akan diceburi dan jika tahap pendidikan mereka ini terlalu rendah, kami akan menyediakan bahan kursus ini cuma ditahap kemahiran hidup.Perkara ini sangat penting kerana pihak kami tidak mahu program yang kami sediakan itu tersalah sasaran. Jika ada peserta yang akan menghadiri program itu tidak boleh membaca dan menulis, kami mencadangkan supaya pihak penganjur memberi maklumat mengenai mereka kepada kami supaya kami lebih bersedia merancang cara pembelajaran yang sesuai untuk mereka ini. Ini adalah sebelum pihak kami menyediakan program yang akan kami selenggarakan. Keperluan Analisa Latihan (Training Need Analysis) adalah sangat penting sebelum kita menyediakan progam latihan yang akan dikendalikan jika tidak, penyampaian kursus itu tidak akan berkesan dan peserta juga tidak dapat memahami apa yang akan kami kongsikan dengan mereka.

Dalam Modul I, kami akan mendedahkan para peserta dengan topik mengenali diri mereka melalui analisa SWOT, tarikh lahir dan bulan mereka dilahirkan. Perkara ini penting untuk mereka bergerak kehadapan. Jika mereka tidak kenal pada diri mereka sendiri, mereka tidak dapat juga mengenali kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka. Mereka juga akan diberi motivasi diri untuk cekal menghadapi permulaan perniagaan yang pada normanya tidaklah sebegitu senang. Status berniagaan itu bukanlah satu mainan dan bukan juga status orang yang berjaya. kejayaan selalunya dikecapi di tahun keempat atau kelima setelah mereka memulakan perniagaan mereka dan banyak perkara-perkara yang perlu mereka hadapi dan perbaiki. Perniagaan adalah seperti seorang bayi yang baru lahir. Baik didikan dan pembentukannya baiklah dia dan masa hadapannya. Didalam modul ini juga mereka akan diajar untuk membuat rancangan perniagaan (RP) untuk perniagaan yang akan diceburi mereka. Diakhir program ini, peserta diwajipkan untuk membuat persembahan berkumpulan mengenai RP itu. Setiap orang diwajipkan untuk bercakap dan memberi presentasi mereka. Ini adalah satu keperluan latihan yang mereka kena lalui. Peniaga yang boleh bertutur dengan baik dan boleh membuat presentasi pemasaran produk dan perkhidmatan adalah peniaga yang akan berjaya didalam kareer perniagaan mereka.

Modul II, merupakan modul yang mendedahkan peserta pada kefahaman asas perakaunan dan penggunaannya didalam perniagaan. Menjaga dan memantau aliran tunai dan kewangan perniagaan amat penting. Disni mereka juga akan diajar cara menyimpan kira-kira secara buku 555 (buku 3 5). Peserta juga akan diajar membuat aliran tunai.

Modul III, merupakan modul pemasaran dan penjenamaan. Didalam modul ini peserta akan mendalami bagaimana asas pemasaran dapat membantu perniagaan mereka berjaya. Topik-topik ini adalah dari pemyimpanan data iaitu pemyimpanan buku lombong hinggalah ke pengiklanan kos rendah dan cara iklan-iklan ini sampai kepengguna.

Untuk seseuatu perniagaan itu berjaya dan dikenal pengguna, penjenamaan juga sangat penting. Nama dan perkhidmatan yang baik penting untuk menarik perhatian pelanggan.

Kami berharap badan-badan yang ingin mendedahkan peserta pada program ini , silalah hubungi kami. Kami bersedia memberi keterangan lanjut mengenai program ini dengan secepat mungkin. Begitu juga jika ada adik-adik yang ingin perkhidmatan kami ini, hubungi kami.

Sasaran kami untuk program ini adalah untuk mereka yang ingin memasuki dunia perniagaan dan keusahawanan. Mereka yang telah mula berniaga dan ingin merancang semula perniagaan mereka juga amat kami alu-alukan. Kami juga akan memberi khidmat kami pada kumpulan-kumpulan kecil yang mahu berjaya didalam perniagaan mereka.

Insyaallah

Program Kemahiran Diri

Kemahiran hidup bermula dari diri sendiri samada seseorang itu peka dan mengenali dirinya sendiri. Untuk memahirkan diri kepada sesuatu perkara, seseorang mesti mengenali dirinya sendiri. Dia patut membuat analisa mengenai kekuatan, kelemahan, peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang akan dihadapinya. Penggunaan analisa SWOT amat bersesuai dengan perkara ini. Kekuatan dan kelemahan adalah dalam diri sendiri. Disebaliknya, peluang dan ancaman adalah daripada faktor-faktor luaran. Bila diri kita boleh dianalisa maka lebih senang untuk merancang kerja-kerja yang hendak diselenggarakan. Jika kemampuan kita cetek dalam kerja yang hendak di lakukan, kita boleh mendapat sokongan dari luar untuk membantu kerja-kerja yang hendak kita lakukan itu.

Selain dari analisa-analisa diatas, faktor kognitif, afektif dan psiko-motor perlu juga dipertimbangkan kerana faktor-faktor ini boleh mengimbangkan kehidupan dan kemahiran seseorang insan. Untuk berjaya dalam hidup seseorang itu perlu mempunyai pemikiran yang tinggi untuk mengendalikan diri dan tugas-tugas yang akan dilakukan. Emosi yang stabil juga perlu supaya ketenteraman dan gangguan emosi tidak selalu menggangu diri dan tugas-tugas harian. Selain dari itu, pergerakan diri yang baik juga boleh membantu diri untuk melaksanakan kerja-kerja dengan lebih berkesan lagi.

Pembinaan hemah diri juga penting didalam hidup supaya diri tidak berasa rendah. Jika seseorang itu mempunyai hemah diri yang rendah, dia tidak akan boleh melakukan kerjanya dengan sempurna dan dia juga selalu merasa dirinya tidak setanding dengan orang lain. Dengan itu juga dia selalu berasa dirinya tidak diperlukan oleh keluarga, masyarakat dan rakan sekerjanya.

Beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan kearah memajukan kemahiran hidup adalah :

1. Halatuju hidup
2. Pengurusan Diri
3. Perancangan dan Pengurusan Masa
4. Penguasaan Bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
5. Kebolehan Berkomunikasi
6. Kebolehan Menyelia dan Memimpin (Supervisory and Leadership Skills)
7. Pengurusan Projek
8. Kebolehan Berunding
9. Kebolehan Merancang
10. Ilmu (Education)
11. DUIT (Doa, Usaha, Ikhthiar dan Tawakal)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di zulkarnianmazlan@ymail.com, ceramah di atas juga boleh bentangkan dalam Bahasa Inggeris. Kami juga mempunyai modul REDAR yang direka oleh saya dan penceramah-penceramah lain di dalam syarikat kami. Modul REDAR adalah rangkaian nilai (value chain) didalam Program Pembangunan Modal Insan dan Program Motivasi perniagaan yang kami sediakan kepada pelanggan kami.

Mengapa Cap Dagang Perlu DiDaftar

Tuanpunya cap dagangan yang berdaftar akan mandapat hak ekslusik terhadap penggunaan cap dagangan tersebut pada barangan atau perkhidmatan yang dinyatakan didalam pendaftaran. Tanpa pendaftaran, tuanpunya cap dagangan akan hanya mendapat perlindungan dibawah “ common law “ melalui bukti penggunaan dan reputasi cap dagangan tersebut. Sekira berlaku perlanggar (“infringement”) tuanpunya cap dagangan yang tidak berdaftar terpaksa menggunakan “common action of passing off” untuk menyekat kegiatan tersebut dimana tindakan ini akan melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lama.

Contoh kes "Mc Donald dengan Mc Curry"

Rantaian REDAR (REDAR Value chain)

Pengenalan

REDAR adalah sengkatan dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu Realisation, Encouragement, Development, Action dan Review. Dalam Bahasa Malaysia pula ianya mempunyai pengertian Realisasi, Galakan/Ransangan , Pembangunan, Tindakan dan Kaji Semula.

Dibawah ini adalah topik-topik yang digunakan untuk menjayakan model REDAR ini.

1. Realisation (Realisasi Diri)

Kenali Diri Anda
Analisa Diri
Merangka Matlamat Hidup
Hemah Diri
Tanggungjawabkepada
- Tuhan
- Diri
- Ibubapa
- Masyarakat
- Negara
Kerjasama Berpasukan
Aktiviti Berpasukan
Cita-Cita Anda
Proses Mengurus Perubahan

2. Encouragement (Galakan/Ransangan)

Amalan Saya Boleh
“Just Do It”
Kaunselling
Autobiogapi Orang-orang yang berjaya
Keazaman
Berani Berubah
Berani Meninggalkan Zon Keselesaan
Berani Menerima Kritikan
Berani MenempuhCabaran Untuk Berjaya
Imiginasi Seorang
Ketua Pegawai Eksuketif/Jutawan
Peniaga/Pengusaha yang berjaya

3.Development (Pembangunan Diri)

Tabiat Membaca dan Menulis
Tabiat Belajar
Komunikasi
Pengurusan Masa
Peraturan (Organised)
Motivasi Diri
Kepimpinan
Tawakal Untuk Berjaya
Kaunselling
Bina Diri
Celek IT/ICT

4. Action (Tindakan)

Menilai Diri Sendiri
Merancang Jalan Untuk Berjaya
Kebolehan Akademik
Kebolehan Bersaing
Pengurusan Projek
Melaksanakan Perancangan
Memantau Perancangan

5. Review (Kaji Semula)

Adakah diri anda lebih maju dan berjaya
Jika anda masih gagal, mengapa???
Ketahui punca kegagalan anda
Perbaiki kegagalan anda

REDAR adalah satu proses dan perjalanan proses itu boleh dipantau oleh kita sendiri. Walaubagaimanapun, kekuatan dan jatidiri yang tinggi diperlukan untuk proses ini seperti disiplin diri yang tinggi.

Saya juga mengendalikan seminar/kursus REDAR ini, pada yang berminat boleh menghubungi saya di emel saya zulkarnianmazlan@ymail.com atau telefon bimbit saya 0146430813 (Kuala Lumpur) dan 0138905131 (Kota Kinabalu, Sabah). Program ini boleh disesuaikan mengikut sasaran dan masa.

Asas Rancangan Perniagaan - Format MeCD



1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan
Kegunaan (RP)

• Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
• Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
• Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
• Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
• Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)
• Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
• Statistik
• Data ekonomi
• Data perdagangan
• Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)
1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

• Nama Syarikat
• Jenis Perniagaan yang diceburi
• barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
• lokasi premis
• tarikh perniagaan dimulakan
• latar belakang industri dan tren pasaran
• Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:
• memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
• merancang pelaksanaan projek baru
• untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
• atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

• Nama perniagaan
• Alamat, No. Telefon
• Bentuk perniagaan
• Kegiatan utama
• Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
• No. Pendaftaran Perniagaan
• Modal permulaan, modal dibenar
• Nama dan alamat pemegang saham
• Nama bank (jika ada)
• No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

• Nama, alamat, no. telefon
• Kelulusan akademik
• Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

• Matlamat dan strategi syarikat
• Struktur/carta syarikat
• Senarai kakitangan pengurusan
• Senarai perjawatan

tanggungjawab setiap jawatan
imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

• Analisis Pasaran

untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

• Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

• Ramalan Jualan
pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

• Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran secara keseluruhan
bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

• Strategi barangan
faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

• Strategi harga
penentuan harga
tawaran harga dan sebagainya.

• Strategi Pengedaran

cara pengedaran dibuat
kos-kos yang terlibat
rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

• Strategi promosi

teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

• Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
• Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
• Keupayaan pengeluaran
• Rancangan pengeluaran
jumlah pengeluaran
keupayaan maksimum
penyimpanan stok
• Senarai bahan mentah (jika ada)
• Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
• Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.
Bahagian ini merangkumi :

• Kos pelaksanaan projek
• Sumber pembiayaan
modal sendiri
pinjaman bank
sewa beli
lain-lain

• Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
• Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
• Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek

Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi

Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Isnin, 21 September 2009

Produk-Produk dan Perkhidmatan Yang Boleh Dipasarkan (Perniagaan)

1. Buah potong

2. Kacang dan kerepek

3. Aiskrim (buat sendiri)

4. Nasi lemak

5. Kuih muih

6. Cuci kereta

7. Cuci halaman rumah

8. Cuci rumah

9. Menjahit

10. E dagang perniagaan melalui internet

11. Cyber cafe/ kafe internet

12. Setiausaha syarikat

13. Perunding kewangan (insuran, unit trust, wasiat dan nasihat kewangan)

14. Dagangan kewangan (Forex)

15. Kedai dobi

16. Spa tradisional dan facial

17. Pemulihan cara Reiki sufi

18. Dandanan rambut dan facial

19. Produk perkahwinan

20. MLM

21. Tenaga pengajar

22. Pengurusan acara

 Perkahwinan
 Majlis makan malam
 Majlis harijadi
 Roadshow

23. Produk penjagaan badan/kesihatan (agen)

24. Katering

25. Pembuatan dan pengedaran hamper

26. Pembuatan kek dan biskut

27. Kopitiam

28. Pusat dapur (Central Kitchen)

29. Kedai runcit

30. Makanan sejuk/beku

31. Alatulis (Stationery)

32. Pembaikan dan penjualan telefon bimbit serta aksoserinya

33. Rempah ratus

34. Percetakan (kad nama, banner, flyer dll)

35. Kontraktor

36. Kristal dan permata

37. Keropok

38. Serunding

39. Franchais

40. Pakaian (T-Shirt )

41. Dll